Sunday, September 6, 2015

LIFE AS DEGREE OF ARCHITECTURE STUDENT BEGIN .

Assalamualaikum,  hari nie merupakan hari kelima aku berada di Uia Gombak.  6 September 2015 , aku sah menjadi pelajar jurusan Seni Bina Part 1 Ijazah Sarjana Muda . Alhamdulillah,  syukur syukur kepada Illahi.  Sementara tunggu magrib nie,  aku pon dok atas kerusi dan menaip.  Haha. 
Life in Gombak just begin , dan aku rasa ada satu perasan dalam diri aku yang tak tenteram.....  Kenapa agak2 nya?  Bila pandang luat tingkap gelisah,  pandang katil gelisah,  tapi bila aku solat aku jadi sebak pulak 😢 . Teringat mak ayah,  adik2 aku.  Berat rasanya,  aku pernah rasa benda nie,  bila first day aku masuk Cfs dulu.  N now it start again.  Tapi aku yakin,  untuk berjaya kt perlu berkorban,  pengorbanan kt tak akan sia2 kalau kita belajar sungguh2.  In sya Allah. 
View dari hostel or we called as Mahallah from here,  nampak bukit bukau,  pokok tak payah kata.  Banyak ! SubahanAllah.  Jauh dlm pendalaman Dia letak aku.  Satu suasana yang tak mungkin aku dpt dekat Melaka.  Never.  Sebab , dkt Melaka tak ada bukit langsung 😜 . Tapi aku tetap syg dan akn rindu tempat aku membesar . MELAKA OH NEGERI KU SAYANG.  Tapi serious,  dekat sini tenang sangat jauh dari highway,  jauh dari kesibukan kota dan bandar.  The inner peace.  Haaaaaa,  alhmadulillah.  😊 I'm  glad to be in here. 
3 tahun degree part 1 , 2 years double degree part 2 . In sya Allah.  I will servive for the sake of Knowledge dunia dan akhirat utk Allah,  parent,  community.  I HAVE TO SURVIVE. AND TRUST ME I'M. THE SURVIVAL.  Hehe. 
Ya Allah please guide me,  please help me.  I will throw my hardest part here if you're not with me.  I need You,  Ya Rabb. 

Assalamualaikum

P/s:  short essay utk lepas perasaan .

Monday, July 27, 2015

Kawan Sekolah Menengah , Paling Susah nak Lupa .

Assalamualaikum ,

Yeahhhhh ada post lagi !!!!! Actually nie patutnya di post last week haro Khamis , tapi well I'm a busy women . Wekssss hahaha . Orang semua jalan raya , pergi ziarah kawan2 , aku n the geng pergi ziarah DP m Pantai Klebang Melaka . Haha . Sangat tak patut , tapi biarlah . Mood jalan raya aku sekarang tak sehebat dulu2 . Dh tak de mood nk jln2 raya , kahkah . Plus malulah nk jumpa kawan2 lama , nnt mcm2 diaorg tanya susah aku nak jawab . Hihihi .  So oleh kerana kemalasan tahap gaban nak pi jalan raya aku cadangkan utk "membazirkan" masa dengan berhemah dengan pergi ke DP . Like a triplah .

Plus , Syida Isnin nie akan sambung study dkt Msu Shah Alam . So , baik kt keluar2 kan sebelum semua blik bljrr . Ummmm tinggal aku sorang2 je blm masuk uni lagi . Bulan 9 baru kelas start semula ..... Uia kalau bagi cuti mmg sangattttttttttttttttttt lah panjang . Tak terkatalah panjangnya . Syukur . Hehe . So , aktiviti ktorg hari tu Balqis jemput aku n syida dri rumah n terus pi DP . Sampai je DP amik2 gambar , posing2 then makan . Wahahahaha . Semua kelaparan tahap hukhukhuk .

Dah selesai makan , kita terus naik tingkat atas sekali tgok wayang . Well , aktiviti wajib tgok wayang kalau keluar . Terminator ohhh yeahhhhh . Citer tu ae , boleh lah sbb ada part aku xpaham sangat . 4/5 aku blh bagi . Ecehhhhh hehe . After that ktorg gi Pantai . Kononnya nk amik gambar kat Pasir jelus hahaha ala2 dekat padang pasir gitu . Tapi sebab takut nk bawa kete masuk sana so berhenti tepi pantai jelah . Hehe . Then, ktorg makan cendol , and that was the best part . Hhaahaha sbb cendol tu sedap plus aku tgh dahaga . Hehhehehehe . Lepas tu balik rumah masing2 . Ummm susah nak lupakan org yang baik dgn kt , kenangan kat sekolah dulu susah nak padam . Aku bersyukur sbb diaorg berdua nie still nak kawan n still contact aku . Thanks Bal n Syida.  Jangan lupa aku sudah ... hehe .

P/s : Betul kata orang , kawan dari sekolah menengah mmg susah nak lupa . Sbb 5 tahun kt tgok muka dia hampir setiap hari kn .... plus ada kata2 lebih kurang mcm ni "Kalau nak tahu siapa kaean sebenar kt , tgok nnt lps hbis Spm sape yg contact kt semula ."










Ok . Nieantara gambar yg sempat di ambil . Byk lagi sebenarnya . Nie baru sikit hahaha . Ok to all yg hantar email tanya psl Archi Course dkt CFS tu nnt sy balas ya . Thanks for ask . Pada yg nak tanya apa2 tolong jgn hantar kat FB or Ask sbb sy dh xde akaun nie lagi .
Any question ? Please
Email : azziamiza95@gmail.com
Instagram : Azziamiza

Tq . 

Sunday, July 26, 2015

Khas utk Pelajar Architecture , CfsIium .

Assalamualaikum ,
Heyyyyyyyyy hellllllllllloooooowwwwwwwww . Ya Allah , lamanya den x post di blog serba comel dan serba berhabuk nie . Tempatnya aku meluahkan angan2 yang tah apa2 . Seriously , lama yang amat aku x buat blog . Well skrg busy yang amat dengan instagram , wechat . Errr konon . Facebook : Azzia Miza dah deactivate ok. So jangan cari lagi . Kalau nk gi lah visit my ig . Eceehhh . Instagram : Azziamiza . Wechat ? Personal .

Well well well , semua nampak bagus dari hari terakhir aku update blog nie 8 bulan lepas . Maybe . Hehehe , busynya lah sangat . Tapi percayalah . Seriously , I am a very busy student . Hikhik . Semestes ketiga tahun ke dua , well sem yang mencabar emosi dan jiwa serta raga . Kenapa ? Ummm semester tu aku amik 6 subject , Understanding Islam , Basic Theme Al Quran , English , Graphic Communication 1 , Intro to Environment Design , Statistic .

Kenapa aku kata mencabar emosi ? Kerana 6 subject , 22 creadit hour , 14 kelas dlm seminggu , 6 lecturer yg berbeza ,  dannnnnnn perang kawan yg sedang meletus . Kalau tgok aku , mmg nampak cool , tp dalam hati tu dh merintih menangis . Penat dy sem 3 lain macam.. Dengan masalah kawan , classmate , lecturer , drawing , assignments , koku , errr macam-macam . Tapi masa itu telah berlalu , masa keperitan aku telah di penghujung .

Tamat sem 3 , cuti 3 bulan . After that , masuk final semester . 3 subject , 2 darinya mencabar mental dan fizikal . Percaya atau tak , ketika melangkah masuk final sem aku kata "sem 3 , jauh lebih ok dari sem 4." Ya . Even ada 3 subject tapi sem 4 mmg sgt2 mencabar . 2 subejct yg aku maksudkan mestilah Graphic Communication 2 and Environmental Design . Gc 2 - technical drawing , sketches , and colouring section . ED - Presentation , mock up model , final model making and team work . To be in architecture course , korang kena skor B+ dalam kedua subject nie .

Percayalah , Course archi x susah mana kalau korang dh sedia fizikal , mental , zahir dan batin .

FIZIKAL - kena kuat utk angkat board dari shah alam , naik bas rapid pulang ke cfs . Or maybe dari Taman melawati naik train terus ke cfs . Kalau korang pelajar cfsiium cos architecture , korang akan RASA pengalaman ini . Amat menyeronokan . Errr haha

MENTAL - for sure get ready kerana nobody perfect . Utk gc 2 mungkin x byk main mental tapi utk ED , get ready . Korang design and buat mock up model , esok bawak gi kelas lecturer reject . Padahal satu hari suntuk x tido nak buat mock up punya pasal . Gental sis n bro . Benda biasa bila design pertama di reject . Buat lagi2 dan lagi dan lagi sampai lecturer puas hati . Dekat sini korang akan perah otak utk cari idea dan xtido malam . Tak normal bagi sesiapa yg hadapi kes cam nie tapi x menitiskan air mata walaupun sekali . Itu NORMAL . 1% of energy to be use in model making but 99% of tears.  Ohhhh so scary .

ZAHIR - nafkah haha atau pun duit senang kata . Duit kena cukup untuk beli board , gam , cutter , and all basic item utk klas drawing or maybe klas design . Mestilah ada barangkan , kalau x macan mana nak buat drawing n model ?
Barang2 utk final sem , bagi pelajar  ARCHITECTURE CFSIIUM :
- model Board saiz A1 A2 . -Illustrations Board Saiz ikut task . -Butter paper sgt penting wajibbbb -Technical Pen 0.1,0.2,0.5,0.8 (rotaring , feber castle pon blh) . -Drawing pen better feber . -pisau blade -cutting map -watercolour,pencil colour , pastel color , (nie ikut lecturer nk guna jenama apa) . T square  - Z Square -scale ruler .
Itu je rasanya . Kalau ada tertinggal bagithu ae .

BATIN - Bersiap sedia untk tak cukup tidur . Normal bg budk AED . Tido bknlah sesuatu yg wajib tapi sunat . Di sini korang akan rasa nikmatnya tidur jika dpt tido . Hehehe . Time cuti sem nnt mesti semua qoda' tido kan ? Hahaa memang pon samalah macam aku .

Itulah serba sikit cerita ttg live aku kat Cfs sbg pelajar archi . Tak teruk mana cuma kdg2 rasa nak patah semangat tu adalah . Tip yg aku blh bg , ketika korang rasa down dan hampir kalah dengan keadaan ingatlah parent korang yg dh melabur beribu2 utk beli tool2 korang , ingatlah betapa tinggi harapan diaorang nk tgok anak2 mereka berjaya . INGATLAH , INGATLAH MEREKA . INGATLAH ALLAH ,  ada sebab kenapa kt  berada di situ . Bayangkan apa yg akan kt capai selepas kt berusaha , bayanhkan nikmatnya . Bayangkan kepuasannya dan kegembiraannya . BAYANGKAN . In sya Allah , dengan cara nie korang akan lebih bersemangat .

So , kalau korang ada soalan blh tinggalkan di ruangan comment . TAPI LEBIH BAIK KALAU EMAIL SHAJA KEPADA I @ Azziamiza95@gmail.com . Ok ;)

Assalamualaikum , salam sayang dari bekas pelajar Cfs .

Friday, May 16, 2014

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (CFSIIUM)




Assalamualikum , 1 , 2, 3, 4 tak jawab dosa ! Hahaha . Ya Allah lama tersangatnyalah aku tak post apa-apa . Well busy busy busy ... Hihi OVER ! Kalau nak beli shawl cepat whatsapp I okey ;) BTW jangan lupa Like FanPage Arsy Malikah Hijab (Tudung Blogshop) dekat Facebook . 

Okey , hari ini tak nak jual tudung . Hari ini aku nak cerita pasal UIA . Atau pun Pusat Asasi UIA . Ada sesiapa dapat UIA ? First intake bulan enam inikan ? Angkat tangan . Apa reaksi korang dapat tawaran belajar dekat UIA ? Senyum ? Menangis ? Mengeleng ? Menjerit ? Hah , aku rasa yang yang TERNGANGGA . Kenapa ? Sebab dulu aku pun macam tu . Ish .. ish .... Dapat UIA bukanlah satu bencana tapi satu pekara terindah . Wah ayat tak boleh blr . Wait ! Mesti tak percaya aku ni student UIA kan ? Yalah budak UIA diam , control ayu , alim , tuduk je bila nampak lelaki . Aku ni ? Macam tak layak je ? Hey hello korang ingat semua yang masuk UIA tu tak ada perasan ke ? Even tudung labuh tapi diaorang rock . Happening dari student U lain . 

Apa-apa pun Tahniah buat sesiapa yang dapat twaran ke UIA . Terima sahajalah . Jangan bersedih jangan berduka . Tak cuba tak tahu . UIA pun okey apa , duduk sebelah UM , means samalah taraf dengan UM . Hahaha , fact Pelajar UIA dan pelajar UM berkongsi Bas metro kalau nak pergi Mid Valley tahu ? Hahaha . 

Kenapa korang dapat UIA ? 
- Sebab korang yang apply dekat borang UPU . Siapa suruh hahah
-Sebab orang dekat UIA mengatakan anda layak untuk berada dalam kos tersebut . 
-Sebab Allah Mengetahui segalanya . Pekara yang telah dan akan berlaku . Pasti ada hikmahnya .
-Sebab KITA layak . 

Apa boleh orang tak bertudung/tudung pendek masuk UIA ?
-Boleh sangat ! Ini adalah satu permulaan kalau korang nak berubah . Allah dah buka seluas jalan untuk korang berjihad pada diri sendiri . Kalau dulu korang rasa tak ada siapa nak dorong , nak tolong dan nak bagitahu apa yang patut korang lakukan sekarang jangan risau . Ramai sister and brother dekat UIA yang akan tolong korang , tolong tarbiyah korang . 

Apa yang best dekat Pusat Asasi UIA ?
Jujur ku katakan tak banyak yang best dari segi luaran bangunan di UIA . Korang tengok pun rasa nak balik . Fine itu aku mengaku . Tapi yang bestnya bila korang dah masuk dalam komuniti ni korang akan rasa duduk bersama orang yang betul even tak semua betul . Hahaha . Kena cuba dulu baru tahu best atau tak . Tapi serius best duduk dekat UIA PJ , macam2 ada . Boleh pergi jalan hujung minggu . Haha . 

Tak pandai Bahasa Arab / Bahasa Inggeris ?
Korang ingat aku pandai sangat ke dua bahasa ni ? Haha , lagi2 bahasa arab . Dulu aku pun takut nak belajar bahasa arab , tapi bila lama2 belajar aku rasa aku suka bahasa arab . Sebab bila kita baca Al-Quran bila kita jumpa satu perkataan yang kita tahu kita akan jadi happy tahu tak ? Hahaha eh aku dah belajar ni . Best bila faham bahasa arab ni sebenarnya walaupun ia  agak memeningkan kepala . Tapi tak rugi belajar bahasa Al-Quran kitab suci umat Islam . 

Apa yang paling glamor dekat UIA PJ ?
- Pak guardnya yang agak garang2 . Haha , ini cerita benar . Aku selalu naik teksi kalau hujan dari mid valley balik ke hostel . Kebanyakan pakcik teksi tu kenal dan faham sangat dengan Pak Guard UIA . Haha dia org kata 'Garang betul' . Jangan terkejut , sebab pak guard kita memang paling garang dalam kawasan PJ . Semua orang kenal .
-Dengan cerita asrama berhantu . Hahaha , kalau korang ni penakut jangan amik portlah time org lain cerita fasal hantu . Arasoh ? 

Apa lagi ek ? Aku rasa itu sahajalah kot . Nanti kalau ada soalan comment di bawah hihihi . Selamat datang kepada bakal2 junior ku . Perangai biar molek2 okey ;) In sya Allah panjang umur kita jumpa di PJ . Hahaha Assalamualikum . 

Friday, December 20, 2013

Cerita Tentang CFS IIUM :)

Asslamualikum . Lamanya tak update blog . Hehehe , rindu rinduuuuu . Ehhh wait the minute , dah beli belum shawl I ? Hah ! Mai order . Hihi Kalau berminat sila lah order , tiada paksaan . Kembali kepada tajuk . 'Cerita Tentang CFS IIUM' . WOW . Ingat tak macam mana suspen aku sebelum masuk ke pusat Asasi UIA PJ ? Rasa nak pitam , siang malam teringat-ingat macam manalah nak duduk dekat PJ , first pula tu duduk asrama . Macam manalah nak dapat kawan baru ? Ada ke yang nak kawan dengan aku ? Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar . 10 Jun 2013 aku mendaftar menjadi pelajar UIA yang SAH ! Matrik card no : 1307** . Hihi . Sah menjadi pelajar bagi kos Architecture and Build environmental . Oppa !!!!

Hari pertama mendaftar , ramai yang teramat . Penuhlah parking UIA tu , mak ayah , nenek atuk , mak cik pakcik , sepupu sepapat , adik beradik , jiran tetangga , sekampung datang nak hantar seorang pelajar . MasyAllah , tinggi harapan orang kampung ni . Tidak di nafikan paling ramai sekali orang sebelah pantai timurlah . Kelantan dan Terengganu . Ramai , satu bas datang . Dasyat tak dasyat jelah kan .... Bila nampak je sekampung datang berduyun-duyun aku yang jadi panik . Hahaha sebab ? Sebab 'mcm pelajar harapan kampung/taman dia orang je ni' . Hahaha serius , takut . Saingan sengit sangat ni . Aku rasa hanya segelintir je yang 3/4/5 A dalam SPM . Kenapa ???? Sebab setiap kali aku tanya mereka akan jawab "8 A" "9A" "Semua A" . Okey TAHNIAH . Aku berada di antara mereka yang sangat bijak , cerdik pandai . Alhamdulillah , Allah menempatkan aku di antara mereka yang terbaik di antara yang terbaik . 

Minggu orientasi , selama satu minggu . Untuk sesiapa yang baru atau akan masuk ke pusat Asasi UIA PJ , atau Main Campus Gombak ,sepanjang seminggu ni jangan panik . Anda TIDAK akan di BULI LANGSUNG ! Serius aku cakap , ini adalah  Universiti yang tak mengamalkan konsep mengena dan membuli para junior . Hihihi , so relex , tarik nafas lepas . Jadi apa yang korang akan lakukan di minggu Orientasi atau di panggil sebagai Minggu TAARUF(berkenalan) :

-Paling penting pada minggu itu adalah TEST APT dan EPT . What's that ? Haha , test Arabic n English placement test untuk tentukan level/class korang di sem satu . Itulah permulaan bagi semuanya . Dari ujian ni korang akan tahu kelas apa , level berapa , dan MOST IMPORTANT ! Berapa tahun kalian di CFS IIUM . 1 tahun / 1 tahun setengah / 2 tahun . Kalau rasa boleh examted Arabic/English dah boleh dapat satu tahun . Kalau examted dua2 lagi bagus . 

- Kedua , MATRIC CARD . TOLONG ! Pastikan korang peka bila dia orang umumkan tarikh bila korang kena buat matric card . Kalau tak terlepas , padan muka . Hahaha .Alert , jangan sibuk buat hal sendiri sampai tak tahu info yang di sampaikan . 

-Apa lagi ya di minggu Taaruf ? Ummm .... solat berjemaah . Itu pasti , mereka buat untuk memperkenalkan suasaan atau kebiasaan di UIA . Solat Berjemaah , Subuh  Maghrib dan Isyak . Solat berjemaah dia akan tanya siapa nak tawarkan diri untuk jadi imam kalau tak ada sesiapa nak dia akan panggil secara rawak . So , get ready , jangan terkejut jika nama anda di panggi . Baca je surah2 nama yang adik2 ingat . Lepas solat tu adalah aktiviti , macam buat KLCC ke , kerja berkumpulan , kerja bersama rakan sebilik/rakan satu level . Make sure korang dah kenal kawan sebilik , kawan sebelah bilik . Nanti senior2 tu mesti nak tanya fasal pekara2 tu . Tak adalah dia tanya semua , randomlah siapa kena . Haha , good Luck !

Itu je kowt yang penting pada minggu Taaruf . Lain-lain aktiviti adalah , ambil gambar , jalan2 keliling CFS , and maybe akan di adakan ceramah pada malam-malam tertentu . Pada malam terakhir minggu Taaruf , korang kena nyanyi lagu CFS IIUM . Don't worry , nanti senior2 akan ajar . Best lagu dia , tak caye cube dengar dekat YouTube . Hihi , comel sangat ! Nanti part 'Foundation Center of IIUM' mesti bersemangat korang nyanyi , tak percaya ? Tunggu2 detik2 itu . 

Sepanjang satu sem ni , sebenarnya terasa sangat singkat . Macam sekajap sangat . Jalan ke sana , sini eh dah habis . Masuk sem ketiga pula lepas ni . Kalau korang duduk 2 tahun mungkin korang akan rasa bosan tengok bangunan di Pusat Asasi tu yang agak tua , tapi yang membuatkan ianya bercahaya dan menarik dan sukar di lupakan ialah kenangan antara kalian dengan rakan dan pensyarah . Joinlah aktiviti2 yang ada , shoppinglah kalau dia orang buat jualan , join segala macam yang di anjurkan . Sabtu Ahad , keluar pergi pusing Kuala Lumpur . Dan percayalah , korang akan kenang sem pertama korang di UIA utk selamanya .... 

Petaling Jaya lebih dekat dengan Kuala Lumpur berbanding Gombak . Nanti korang duduk Gombak , rasakan nak jalan kaki keluar dari kawasan u je dah 30 minit . Nak naik train lagi pergi bandar , lama-lama . Bayangkan Gombak ialah perhentian terakhir bagi Putra(train) . Jauhnya Gombak dengan PJ tak terkata , aku pernah dari PJ nak ke Gombak , ya Allah lama nak berdiri dalam train tu . Penat dahlah ramai orang . Memang payah . So nikmatilah kehidupan di bandar selama 1-2 tahun itu . Hihi , best sebenarnya duduk CFS ni , lagi2 hujung minggu boleh hangout ! Yeahhhh .... Hangout hangout juga , solat jangan di lupakan . Okey , sister , brother ? ;) 

Whatever it is , mana pun korang pergi , apa universiti pun korang dapat try your best , give the best . Suasana universiti mostly 98% berbeza dengan sekolah menengah . Di universiti , kena pandai jaga diri , pandai pilih kawan , pandai pilih tempat nak hangout . Jangan tersilap langkah , lagi2 syiah sekarang berleluasa . Becareful you all's and all the best .

Semester 1 . Group EPT 111 , Group APT 101 . Room 330 Mahallah Khadijah level 3 . Economi 204 . I will miss you so much ^_^ ..........












Friday, April 26, 2013

Right now I've forgotten what it's feel


Kadang-kala , aku tertanya .. Dah jauh ke perjalanan hidup aku ... dan aku tersedar , aku tak sampai separuh pun lagi dari usia ayah aku . Perjalanan aku masih jauh terlalu jauh untuk di bayangkan . Satu ketika aku terfikir , apa rasanya jadi budak tadika ? Aku teringin nak rasa saat2 itu . Semuanya sudah berlalu , 18 tahun aku hidup , aku hampir terlupa rasa dan perasaan sebagai seorang budak tadika yang suka bermain ..... Kalau aku mewarna memang sah buruk , tapi mak cakap aku melukis cantik . Ummm .. ya ke ? Aku rindu nak tengok cikgu Eton . Aku rindu nak rasa madu lebah yang cikgu masak tu bagi aku . Aku rindu nak main pemadam dengan org paling tak aku senangi kehadirannya . Aku rindu nak cakap "Boleh pinjam pemadam?" ..... Aku rindu nak duduk bersila dalam kelas tadika yang comel bila di hias dengan gambar pokok dan daun . Aku rindu nak pegang hadiah yang dibalut cantik , walaupun dalam dia hanya sebatang pensil aku tetap suka ..... Sebab itulah aku , makna yang tersirat di sebalik hadiah lebih penting dari hadiah yang aku pegang :D 

Waktu aku darjah satu , aku selalu nak umur aku jadi 12 tahun .... Aku benci kehidupan darjah satu , dua , tiga , empat dan teramat benci bila jadi pelajar darjah lima ! Aku jalani hidup sebagai seorang pelajar yang sangat biasa2 sahaja . Tak ada yang istimewa , biasa je beg pun ummm tak semahal beg Barbie yang harganya RM 100 pada masa itu . Aku nak sangat beg tu , tapi ayah cakap mahal sangat .. Dan dia suruh aku beli beg yang kecil je dan murah . Aku cemburu tengok kawan perempuan lain pakai beg Barbie . Aku tak ada benda tu .... Ayah belikanlah satu ... tapi itu hanya mampu aku ucap didalam hati .. Darjah dua , tiga aku rasa aku tak istimewa mana pun . Tak lah pandai sgt , tak juga bodoh sangat . Just biasa2 je .Sampai aku masuk darjah 4 dan aku dpt tukar kelas ke kelas no 2 . Tapi aku rasa benda tu tak gempak pun biasa je . Bila aku darjah lima , aku dpt cikgu Math yang entah kenapa aku memang tak suka dy . Setiap ujian , aku gagal math . Hanya math pulak tu . Tak ada harapan untuk aku dapat A math dlm UPSR nnt ...

Tapi , kuasa Allah menandingi segalanya . Bila aku masuk darjah 6 , aku dapat seorang cikgu Math yang telah membuka hati aku untuk cinta kepada matametik . Untuk pertama kali dalam hidup aku , aku dapat 90% dalam matametik utk ujian pertama . Itu sesuatu yang mengejutkan pastinya . Aku rasa nak nangis bila tahu aku dapat A . Mungkin korang rasa itu sesuatu yang biasa tapi untuk aku A yang aku dapat tu adalah satu kenikmatan dan anugerah yang terindah . Lepas tamat UPSR , aku terserempak dgn cikgu kelas aku masa darjah satu , dan tahu apa dy cakap ? "Azziamiza , kamu nampak lain sangat sekarang . Saya tahu kamu seorang yang istimewa jdi janganlah merendah diri . Cari keistimewaan kamu " aku mcm tak percaya dia masih ingat aku . Macam mimpi , tapi aku hanya yang biasa2 je , macam mana cikgu Liza blh ingat aku ?

Dan satu benda penting aku belajar sejak sekolah rendah . Orang yang sempurna tak semestinya mereka istimewa , tapi orang yang istimewa tentunya dia seorang yang di sayangi . Dan mungkin juga aku belajar untuk tak terlalu merendah diri , dan menghambakan diri kepada keadaan . Aku hilang 5 tahun aku di sekolah rendah , aku hanyut di buai mimpi , tapi aku dapat semuanya kembali saat aku di darjah 6 . Aku mula faham , Untuk berjaya kita perlu Bijak , dan untuk bijak kita perlu percaya kepada org yang akan membimbing kita . 

I love my life , I love my friends . Sorry karangan panjang lebar sebab tak ada gambar untuk bayangkan saat2 di sekolah rendah . Tapi untuk sekolah menengah biar gambar yang menceritakannya . 




1 Alpha , budak2 sangat kan kita orang . Tak matang langsung haha


Aksi ganas budak lelaki jangan tiru aksi ini !


Pengalaman paling buruk dlm hidup aku pergi kem bina keyakinan . KONON , meruntuhkan keyakinan aku adalah !



My beautiful ex-school . Haha gila .SMK Ayer Keroh









We are still a friends right , girl ?










Aku ? Kawad Kaki ? Say OH NO !










My class 5 Beta . Belon tu aku yang lekatkan haha budget x ?





















Kitalah yang terbaik , walaupun tak berapa baik hahah -,- Miss you Hang Tuah Hanifah Group .



Teacher , I will always remember you .


KITA BERJAYA !! Yahoooooooooo 5 Beta 2012 is the best . Hehe 

P/s : Kadang kala aku terlupa , macam mana rasanya saat dan ketika aku lalui semua itu dalam hidup aku . Whatever it is , saat itu telah membawa aku ke hari ini dan menjadikan aku apa aku pada hari ini . MyMemory is always be mine .

Note : Baru habis temuduga di UiTM , hah tak lah susah mana pun nak speaking . MUahahahaha . Next week dkt UM pula . Good luck for me .