Thursday, November 29, 2012

AKSES Cerita Saya , Mereka Memory Saya :)


Sekarang aku sedar , habis sekolah nie tak lah menyeronokan sangat -,- Aku menyesal !!! Arghhhh , duduk rumah membuatkan otak aku makin lembab sbb aku bosan . Errrr , nak kerja malas , nak kemas dah kemas , nak baca novel semua dah habis baca . Melampau ! Aku benci bila tak buat apa-apa . Patut ke aku baca nota sejarah ? Kang org cakap aku nie 'over bagus' . Sukahati aku lah kan ?

Apa-apa pun yang terjadi , aku akan tetap rindu kan SMK Ayer Keroh . Ini kira zaman penamat Remaja ek ? Aku rasa mcm kejap je sekolah dkt Akses . Sekarang aku dah hampir nak masuk 18 tahun . Hah , cepatnya . Rasa mcm baru minggu lepas aku masuk sekolah , mendaftar sebagai pelajar Tingkatan 1 . Waktu aku masuk je pintu pagar sekolah AK , aku dpt bau semuanya boleh di katakan baru . Aku tak sempat pon dengar ceramah pasal bdk form 1 , sbb dtg lambat -,- hehe . Baru daftar dah datang lambat ek ? Biasalah bdk2 . Hehe , aku siap pakai baju kurung raya lagi . Semangat x ? Lepas tu beli buku dkt koperasi . Teruskan hidup sebagai budak form 1 Juniorlah sangat kan . Lepas tu adalah 'Putera Idaman .' Rasa nak muntah pon ada bile ingat balik . Form1 dah nak mengatal dgn senior . Errrrr Giler lah . Aku tak akan lupa semua tu , aku rasa bg bdk tu surat layang ada pekara paling lembab aku pernah buat waktu form 1 . Tapi salah dy jugak sapa suruh dy pijak kain aku sampai aku jatuh . Kan dah dapat surat ugutan . Percaya tak aku ugut budk lelaki form 3 . Bile awek dy dpt tahu memang mengamuk tahap gabanlahkan . Dy ingat syok kat pakwe dy pulak . Nampak sgt pompuan tu tak pandai baca surat . Haha , seingat aku lah aku tulis mcm nie pada dy :

Hidup Tak payah nak budget sangatlah . Baru form 3 dah nak tunjuk bagus , kapel dengan kakak form 5 . ish apa kelas . Dan tak payah nak buli junior sgt lah , yer !

Hahaha , whatever it is , aku dah lupa dy . Aku maafkan kau sebab pijak kain biru aku . Lagi pon aku pakai kain biru 2 tahun je lepas tu aku tukar kain warna merah hehehe . Jangan jeles .Waktu form 2 pulak kejadian yg paling aku ingat bila Ainur panggil2 "Mirza" tapi pandang kat arah aku . Sebab dy nak kena kan si Mirza Zaidin tu . Ish3 , tak pasal aku kena jdi rakan subahat aktiviti tak sihat dy . Haha , tapi kelakar juga tengok Mirza terpingga2 terngok Ainur kerjakan dy . haha , kesian kembar nama aku . Lagi yang aku ingat aku selalu bergaduh dengan Najwa dengan Farah .Haha kita orang kan satu geng konon . Fatihah , Farah , Miza , Reva dan Najwa . Hahaha Aku tak pasti mcm mana ia blh terbentuk tapi kita orang memang rapat . Hehehe , tapi malangnya tak berkekalan . Farah dan Reva dah pindah sekarang ,. Mcm tak sangka cepat je waktu berlalu . Reva tah kat mana , dy xde pon kirim surat kat aku lagi ? Farah adalah kat FB , haha kecoh je haha . Waktu form 2 je aku satu kelas dgn Fatihah , lepas tu dh tak ada lagi . Mungkin kitaorg akan sgt rapat bila tak sekelas . Tapi dialah bestfriends aku selama-lamanya , insyAllah . Mungkin tak aku jumpa dy lagi lepas nie .?

Waktu form 3 pulak , memang tahun paling mencabar , pada tahun tu lah aku turun kelas , pada tahun tulah aku PMR , pada tahun tulah aku banyak menangis , pada tahun tulah Farid meninggal , pada tahun tulah aku kena ramai orang yang aku tak pernah kenal sebelum ni dan pada tahun tu jugaklah aku belajar apa erti jatuh dan kebangkitan semula . Hehe , kalau kita berada dekat bawah tak semestinya kita akan sentiasa di bawah , dan bila kita jatuh semestinyalah kita kena bangkit dan buktikan yang kita bukannya lemah sebab kita berada di kelas hujung .Waktu tu lah aku kenal dengan Cik Kiah , Irsyad , Umar , Amsyar , Acap , Ayu , Min Err , Amanda , Yong , Lim , dan yang paling penting waktu tu lah aku kenal Hanis dan Cyda yang selama nie mmg satu kelas dgn aku tapi aku tak pernah perasan atau cuba nak jadi kawan baik diaorang . Aku rasa kalau aku tak turun kelas aku tak akan dapat kejayaan pada slip PMR 2 tahun lepas . Itulah takdir , pasti ada hikmah kenapa aku turun kelas . Dan sekarang aku faham :) Hebatnya kenangan waktu tingkatan 3 dulu , Aku tak akan lupa Arwah Farid . Dan aku tak akan lupa Ayu . 

Tingkatan 4 dan 5 aku berada di 5 Beta atau lebih di kenali sbgi 5 Akaun ataupun boleh di katakan 5 yang selalu kena marah dengan cikgu . Aku tak tahulah apa dan di manalah malangnya aku bile kena duduk satu kelas selama dua tahun dengan dua orang budak paling menyakitkan hati aku . Errr , aku rasa nak terjun dkt Mydin je . Tapi bile di fikirkan balik dua tahun je pon , jadi aku teruskan semuanya , terus berusaha untuk dpt kan apa yang aku impikan . Kejadian yang paling aku ingat waktu form 4 of cos lah kawad peringkat negeri . Memang best , satu pengalaman yang aku tak kan lupa bila paling susah nak mandi . Errr mmg aku x mandi pon selama 3 hari dkt situ . Ish busuk haha , tapi best haha . Walaupun koreksional dpt no 4 je , tapi tak pe aku tetap bangga dgn pencapaian kitaorg . Hehe , biasalah mana boleh nak puaskan hati semua org , dan aku tak akan lupakan bila Kadet Bomba menjerit2 mcm ada rumah terbakar kat tepi dy . Mcm kentut , mmglah kita org kalah sbb x dengar arahan ! Sengal punya KB BOB ! Tapi apa2 pun semua tu dah di tamatkan bila bomba kalah dgn koreksional pada tahu 2012 ! Amik kau , fikir bagus . Lol , budget sgt tu lah dah kena azabnya . 

Warna-warni kehidupan aku tetap berterusan sampai lah bila aku form 5 . Apa yang aku tahu form 5 adalah tahun yang paling aku akan ingat selama-lamanya . Bila kita org di katakan sebagai kelas paling banyak kali tukar dan ubah suai susunan meja . Memang sgt banyak kali , lebih kowt 10 kali , memang dasyat masalah bdk perempuan 5 beta dgn bdk lelaki 5 beta . Kita org mmg tak sekepala . Budak lelaki asik nak attack kita org mana boleh diamkan . Tapi dalam balas membalas tu ada jugak yang suka sama suka tapi malu-malu SPM hahaha . Time paling dasyat dan tegang bila time Bi . hahaa , mesti diaorang nak buat cikgu naik angin , tapi kdg2 cikgu mmg suka naik angin tiba2 tak boleh tipu . hehehe , Waktu nak buat kelas terbuka tu pulak , ada je budak lelaki yg x bayar duit . Nak makan tapi tak bayar . Mula2 kita org ingat x nak bg diaorg makan tapi , cikgu ckp bagi je takut diaorg nangis meraung2 haha .  Bab duit diaorg mmg kedekut . Haha terutama si A Dan N . Dot dot , rahsialah siapakan . Hahaha , tapi bile dah nak akhir tahun tu diaorg nampak serius sikitlah nak study . Alhamdulillah berubah jugak . Well as all know 28 . 11. 2012 adalah hari terakhir 5 Beta duduk as rakan sekelas . Lepas nie kita orang semua akan ikut arah hidup masing2 yang kitaorg tentukan sendiri :) . Fighting guys ! Fighting 5 Beta ! Good luck  . 

Dan persoalan nya sekarang , mungkinkah 10 tahun akan datang aku akan jumpa meraka lagi . Mungkin kah aku dan mereka  akan ingat persahabatan antara kami ? Mungkinkah Balqis , fatihah , Faizah , Amalina , Cyda , Ernie , Amanda , Najwa , Raja dan semua orang akan gembira dengan kehidupan meraka di masa depan tanpa salah seorang dari kami ? :) Life must move on What ever it take :)

Yakinilah suatu hari nanti kita akan melalui kehidupan ini tanpa salah seorang di antara kita - Miza

Saat2 jaga gerai 5 Beta . Kami semua pandai masak tau !

Kami sahabat dan selamanya sahabat .

3 Beta (2010) akan sentiasa di kenang :)

Kadet Koreksional tetap yang terbaik !

Tiga sekawan bergabung menjadi 6 sekawan :) I will miss you guys .



Aku tak akan lupa kelas aku , 5 Beta . Cikgu Sazliza adalah guru kelas yang terbaik :)



Hari Graduasi . Kami akan berjaya ! Life Must Move On Whatever It takes 5 Beta :)

Akhir kata , Terima kasih kepada  semua warga SMK Ayer Keroh . Terima kasih kerana memuatkan diri anda di dalam ingatan saya . Semua yang buruk datangnya dari saya dan yang baik dari Allah . Gambar tak akan berubah , tapi diri kita yang akan melalui detik perubahan . Kenangan pekara yang tak mampu kita beli dengan duit tapi , mampu kita dapati dengan keiklasan dan kejujuran . Kenangan pekara yang susah untuk kita lupakan meskipun kenangan itu pahit . Satu waktu nanti aku pasti akan jumpa mereka lagi , pasti saat itu mereka semua dah menjadi orang2 yang berjaya dan di sanjung negara :) 

Jangan pernah berhenti untuk mencapai impian dan jangan sesekali padam kan kenangan :) -Miza

No comments:

Post a Comment