Friday, December 14, 2012

Sayu Hati Kerana Harimau Malaya , Tetapi AKSES dalam kenangan !



"Life must Move on, whatever it takes" 

Assalamualikum , -,- hari ini Melaka hujan dari pagi sampailah ke petang . Sayu hati rakyat Malaysia , sayu juga hati orang Melaka , lagi sayulah hati aku ! Sedih frusttttttt ! Malaysia kalah semalam :( okey x boleh nak salahkan org yang bermain , x blh juga nak salahkan K.Raja Gopal . And of cos tak boleh salahkan Baddrol Bakhtiar aku ! No way okey !

Aku tahu asal malas sangat nak bangun lagi2 cuaca di Melaka ni hujan , lagi malas aku nak bangun . Nampak macam Melaka sedang meluahkan betapa sayunya harapan dia sebab Harimau Malaya tak masuk final ! Ish3 , x pe . Banyak lagi game lepas ni , haha . Nak sedapkan hati je . 

So , of cos x akan ada org Malaysia pergi tengok Final , Am I right ? Hehehe , tak payahlah tengok Thailand lawan , tengok diaorg masak dekat dapur sudah hahahaha ! Ada kejadian kelakar waktu tengok Malaysia lawan semalam . Macam ni , waktu dh habis masa tu mak aku tiba2 ckp :

Mak : Eh kenapa org Thailand dah nak balik ? (sebab waktu tu ada gambar org Thailand keluar dari studium .) 
Ayah : Entah dah menang 2-0 tak kan tak suka kowt ?
Zakwan : Orang Thailand tak suka menang , kalau tak menang baru boleh tunjuk perasaan , kalau menang kena senyum2 je . 
Aku : Apa punya penyokong Thailand ni , baik bagi Malaysia je goal !!!!
Mak : Eh entah2 org Thailand nak balik Malaysia , sebab ada org mintak TOMYAM ! 

Hahahaha , time tulah semua orang yang tengah sedih nie tergelak besar . hahahaa , Betul jugak , sebab tu diaorg cepat2 keluar , nak pergi sambung masak . Hahaha . LOL . Lagi satu perasan tak muka Farizal waktu tangkap bola yang hampir masuk goal tu ? HAHHHHH comel giler hahaha ,  kepala dia je yang nampak , buat muka "Baby Face" minta reff x ambil kira goal tu . Hahaha ! Terbaik .

Tutup cerita Bola dan Sang Harimau Malaya . 
Aku tiba2 rasa rindu nak pakai baju sekolah . Hari Khamis selama aku jalan depan Mydin , ternampaklah baju sekolah dekat Hari-Hari tu . Teringin pula nak beli satu lagi baju kurung , hehehe . Okey aku dah habis sekolah . Aku sedar .

Jadi bagi adik-adik yang belum habis sekolah tu janganlah dengan senangnya melontarkan ayat2 seperti :
"Tak sabar nak habis sekolah ."
"Aku malas nak buat homewok"
"Bosanlah pakai baju unifom ni , putih je !"
"Menyampah aku asik kena duduk dekat dataran dahlah panas ."

Percayalah adik2 ku , suatu saat nanti , anda akan sangat menyesal sebab cakap pekara yang akan buat hati anda sayu sangat-sangat . Sekolah rendah mahu pun sekolah menengah , dua2 akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri kita . Sesuatu yang kita tak akan pernah mahu lupakan .

Nanti kalau korang masuk Universiti , akan ada ke cikgu yang sibuk tanya "Homework dah siap ?" Tak ADA ! Akan ada ke cikgu yang nak cakap "Okey siapa tak tahu boleh tanya saya di depan atau di bilik guru." You will never hear it again ! 

Alangkah indahnya menjadi seorang remaja yang sangat di pedulikan oleh guru-gurunya . Dekat sekolah ada koperasi , kantin makan pun murah . Ada pemberian duit hari raya lagi , kalau dah masuk Universiti siapa je nak bagi kita duit raya RM 1 . 10 sen pon x dpt tau !

Jadi hargailah masa-masa anda di Sekolah Menengah dan Rendah . Sebab masa itu tak akan pernah terulang , kita tak akan pernah jadi 13 , 14 , 15 , 16 , 17 tahun lagi . Untuk selama-lamanya , tak akan . Hehe apa sahaja yang aku membebel panjang2 nie kan . Okey lah belajar bersungguh2 , hargai setiap saat kita di sekolah , kenangkan warga sekolah kita dalam setiap doa yang kita lafaskan dan aminkan dengan perasaan yang ikhlas :) 

Assalamualikum .

Nota Kaki : Baddrol Bakhtiar , awak tetap comel walaupun agak gelap :) Hehehe , walaupun  nama awak tak banyak di sebut saya akan tetap ingat nama awak haha . Aku dah merepeks !

Yang amat sayu dan sedih dengan kekalahan ini , 
Azziamiza Ahmad Masood -,-

No comments:

Post a Comment