Friday, April 26, 2013

Right now I've forgotten what it's feel


Kadang-kala , aku tertanya .. Dah jauh ke perjalanan hidup aku ... dan aku tersedar , aku tak sampai separuh pun lagi dari usia ayah aku . Perjalanan aku masih jauh terlalu jauh untuk di bayangkan . Satu ketika aku terfikir , apa rasanya jadi budak tadika ? Aku teringin nak rasa saat2 itu . Semuanya sudah berlalu , 18 tahun aku hidup , aku hampir terlupa rasa dan perasaan sebagai seorang budak tadika yang suka bermain ..... Kalau aku mewarna memang sah buruk , tapi mak cakap aku melukis cantik . Ummm .. ya ke ? Aku rindu nak tengok cikgu Eton . Aku rindu nak rasa madu lebah yang cikgu masak tu bagi aku . Aku rindu nak main pemadam dengan org paling tak aku senangi kehadirannya . Aku rindu nak cakap "Boleh pinjam pemadam?" ..... Aku rindu nak duduk bersila dalam kelas tadika yang comel bila di hias dengan gambar pokok dan daun . Aku rindu nak pegang hadiah yang dibalut cantik , walaupun dalam dia hanya sebatang pensil aku tetap suka ..... Sebab itulah aku , makna yang tersirat di sebalik hadiah lebih penting dari hadiah yang aku pegang :D 

Waktu aku darjah satu , aku selalu nak umur aku jadi 12 tahun .... Aku benci kehidupan darjah satu , dua , tiga , empat dan teramat benci bila jadi pelajar darjah lima ! Aku jalani hidup sebagai seorang pelajar yang sangat biasa2 sahaja . Tak ada yang istimewa , biasa je beg pun ummm tak semahal beg Barbie yang harganya RM 100 pada masa itu . Aku nak sangat beg tu , tapi ayah cakap mahal sangat .. Dan dia suruh aku beli beg yang kecil je dan murah . Aku cemburu tengok kawan perempuan lain pakai beg Barbie . Aku tak ada benda tu .... Ayah belikanlah satu ... tapi itu hanya mampu aku ucap didalam hati .. Darjah dua , tiga aku rasa aku tak istimewa mana pun . Tak lah pandai sgt , tak juga bodoh sangat . Just biasa2 je .Sampai aku masuk darjah 4 dan aku dpt tukar kelas ke kelas no 2 . Tapi aku rasa benda tu tak gempak pun biasa je . Bila aku darjah lima , aku dpt cikgu Math yang entah kenapa aku memang tak suka dy . Setiap ujian , aku gagal math . Hanya math pulak tu . Tak ada harapan untuk aku dapat A math dlm UPSR nnt ...

Tapi , kuasa Allah menandingi segalanya . Bila aku masuk darjah 6 , aku dapat seorang cikgu Math yang telah membuka hati aku untuk cinta kepada matametik . Untuk pertama kali dalam hidup aku , aku dapat 90% dalam matametik utk ujian pertama . Itu sesuatu yang mengejutkan pastinya . Aku rasa nak nangis bila tahu aku dapat A . Mungkin korang rasa itu sesuatu yang biasa tapi untuk aku A yang aku dapat tu adalah satu kenikmatan dan anugerah yang terindah . Lepas tamat UPSR , aku terserempak dgn cikgu kelas aku masa darjah satu , dan tahu apa dy cakap ? "Azziamiza , kamu nampak lain sangat sekarang . Saya tahu kamu seorang yang istimewa jdi janganlah merendah diri . Cari keistimewaan kamu " aku mcm tak percaya dia masih ingat aku . Macam mimpi , tapi aku hanya yang biasa2 je , macam mana cikgu Liza blh ingat aku ?

Dan satu benda penting aku belajar sejak sekolah rendah . Orang yang sempurna tak semestinya mereka istimewa , tapi orang yang istimewa tentunya dia seorang yang di sayangi . Dan mungkin juga aku belajar untuk tak terlalu merendah diri , dan menghambakan diri kepada keadaan . Aku hilang 5 tahun aku di sekolah rendah , aku hanyut di buai mimpi , tapi aku dapat semuanya kembali saat aku di darjah 6 . Aku mula faham , Untuk berjaya kita perlu Bijak , dan untuk bijak kita perlu percaya kepada org yang akan membimbing kita . 

I love my life , I love my friends . Sorry karangan panjang lebar sebab tak ada gambar untuk bayangkan saat2 di sekolah rendah . Tapi untuk sekolah menengah biar gambar yang menceritakannya . 




1 Alpha , budak2 sangat kan kita orang . Tak matang langsung haha


Aksi ganas budak lelaki jangan tiru aksi ini !


Pengalaman paling buruk dlm hidup aku pergi kem bina keyakinan . KONON , meruntuhkan keyakinan aku adalah !



My beautiful ex-school . Haha gila .SMK Ayer Keroh









We are still a friends right , girl ?










Aku ? Kawad Kaki ? Say OH NO !










My class 5 Beta . Belon tu aku yang lekatkan haha budget x ?





















Kitalah yang terbaik , walaupun tak berapa baik hahah -,- Miss you Hang Tuah Hanifah Group .



Teacher , I will always remember you .


KITA BERJAYA !! Yahoooooooooo 5 Beta 2012 is the best . Hehe 

P/s : Kadang kala aku terlupa , macam mana rasanya saat dan ketika aku lalui semua itu dalam hidup aku . Whatever it is , saat itu telah membawa aku ke hari ini dan menjadikan aku apa aku pada hari ini . MyMemory is always be mine .

Note : Baru habis temuduga di UiTM , hah tak lah susah mana pun nak speaking . MUahahahaha . Next week dkt UM pula . Good luck for me .

3 comments:

  1. cepat kan masa berlalu? tak sangka dah 18 tahun hidup. Alhamdulillah. Rindu pula zaman sekolah.

    ReplyDelete
  2. perasaan rindu makin kuat menguasai pelajar lepasan spm :l

    ReplyDelete
  3. selamat maju jya ya.. :) teruskan ebrjuang di universiti pula

    ReplyDelete